New Update~?

Salam,

Lama tak hapdet blog. Berhabuk sungguh. Pertamanya aku nak ucap tahniah pada Perdana Menteri ke-enam kita yakni Najib Tun Razak. Betul kata Tunku Abdul Rahman secara tak sengaja dulu.

R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib

Tak sangka kebetulan sama. So sapa PM lepas ni? Adakah balik kepada R semula? Kalau R siapa? Atau mungkin takdak dah PM lepas ni? Mungkin sistem Khalifah Islam dapat di laksanakan di seluruh dunia? Siapa tahu apa akan terjadi pada masa hadapan kan...

Kadang2 terasa bangga jadi rakyat Malaysia walaupun politik kucar kacir sedikit, kita still leh hidup aman sentosa berbanding dgn negara yang berperang. Alhamdulillah. Tapi banyak boleh dibaiki.

Di opis harini ni 4 orang rakan sekerja sudah berhenti bekerja. Mereka mendapat rezeki baru di tempat mereka kehendaki. Aku? Masih di takuk lama, tanpa projek di company xxx. banyak benda aku boleh buat..I'm free to do anything. Sampai kadang2 tu, aku tak tau nak buat apa kat opis. Terlampau busan.

Berbalik pada main objective post, semalam, aku dihadiahkan Nokia E71 oleh isteri kesayangan aku, sapa lagi kalau bukan Farhana kan. Tak sangka benda aku idamkan jadi hadia. Jarang sekali berlaku pada diri kita. Yang penting isteri aku amat memahami diriku ini. "Abang pun akan cuba pahami Sayang...", jgn risau keh.

Sekarang tak sabar plak rasa nak tgk baby dlm perut isteriku keluar. Semalam masa dr. Scan, baby tidak banyak bergerak. Tapi lain plak bila dah keluar hospital. Bergerak memanjang. Kami juga berkesempatan mendegar degupan jantung baby yang sangat laju. Hehe, gembira aku melihat babynye tangan dan kaki, dan seluruh badannya.

Mulai sekarang kena simpan duit lebih untuk beli barangan bayi dan ibu lepas mengandung. Harap mereka berdua tabah dan kuat menghadapi apa yang akan beralaku kelak. Abah akan sentiasa berada di sisi kamu berdua. Hehe.

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku tak dapat tidur lagi. Mengadap telefon baru dengan kemudahan Internet didalamnya. Tak ku sangka internet boleh dilayari dimana2 sekarang. Masa untuk tidur sekarang, ngantuk sangat..

Regards,
TeMMon~

(update using Nokia E71)

Ulasan

agHoo berkata…
lepas teori RAHMAN,kuar teori baru lak iaitu NAJIB..
Nuar berkata…
weahahah.. jeles2 ngn black E71. haha..
Muhammad Safwan berkata…
aku pun dah ada la E71 black color.. hahaha
@naBest berkata…
dh ade e71 tu jgn lupe ai pulak yer. Huhu
Palie berkata…
aku rasa nnti teori RAHMAN tu ulang balik

R = Rosmah.. hahhaha..
A = Anuar
H = Hishamuddin
M = Mohd Khairy Jamaluddin (ade mohd ke die??)
A = ??
N = ??

Catatan Popular