100 days to go

Salam semua,

Tinggal lagi 100 hari untuk menamatkan zaman bujang aku sebelum memasuki alam pernikahan. Tak sangka aku akan akhiri riwayat zaman tersebut se-awal 24 tahun. Tak terlintas langsung awal macam ni dulu. Di sebabkan ada yang sanggup menjaga hati ini maka telah di awalkan pengakhiran ni. Macam tak percaya sekejap ja.

Persiapan? Hehe, banyak tak siap lagi. Baju akad tak tempah lagi, baju kahwin belah aku tak tempah lagi. Kad belum print lagi. Sempat ke tak? Ntah. Harap di permudahkan. Tengah tunggu wang masuk skit lagi. Then semua berjalan lancar skit. Harap2 minggu depan masuk.

Untuk kawan2 yang mengenali dari SKTU, SMKDSO, UIA, Menara Seven, Multimedia Support dan Kuzie Catering, harap dapat berikan alamat supaya senang nak bagi kad nanti. Tak dapat datang pun tak pe. Eh ada yang tanye bila kenduri? hehe. Ok la, malas nak simpan2 lagi dah tarikh keramat tu:
  • Akad dan kenduri kahwin di Gerik : 22 November 2008 (22/11/2008 @ Sabtu)
  • Kenduri Kahwin di Alor Star : 30 November 2008 (30/11/2008 @ Ahad)
Tarikh belah Alor Star tu kalau tak dapat datang jangan bagi alasan gaji tak masuk. Tak nak terima. Kalau jauh cakap je jauh. Hehe. Tarikh sengaja di pilih semuga kawan2 rasa bersalah tak pergi kenduri tu :p


Hum, doakan kami (Aizat & Farhana) semuga dipermudahkan segala perjalanan hidup kami dan hidup bersama sehingga ke akhir usia di dunia ni. Semuga diberkati hidup kami di dunia ini.

Sekian,
TeMMon~

Ulasan

Afida Anuar berkata…
100 hari je lagi jat?? wahuaaa dah tak lamer dah tu..ngeee
M@YaZ berkata…
hum. Risau dah sangat2 ni. Dup Dap..Dup Dap..Dup Dap~~
@naBest berkata…
hohohoho.. semoga semuanya lancar.. Wah!!
wawa berkata…
100 hari lagi?!
gud luck ek ijat...
semoga everything pun berjalan ngan lancar..

ana, cpt pergi memanjakan diri..
agi 100 hari nak nmpk chantek nie...
cpt pegi spa, wat menicure pedicure,facial, suma la..
pastu claim kt ijat =P
shy_wani berkata…
insyaAllah...
moga dipermudahkan semuanye...

:)
@naBest berkata…
wawa --> hahaha.. part claim tu yg mcm best tu... hohooh... amacam jat, ade bran? (~~,)V
M@YaZ berkata…
Ana n wawa : tak yah la buang duit. Ana dah lawa dah tak makeup pun. Kang makeup jadi orang lain. Tak sanggup~ :p

Shy & Wawa: Thanks Ya
nhusna berkata…
ahaks..pujian tuk ana..sah mlm ni dier x leh tido..x pn tido smbl trsengih..hoho
@naBest berkata…
uhuk..uhukk... tersedak i..

eleh.. tu baeekkk punya ayat dari jat yg sengaja x membenarkan i menghabihkan duit die.. hukhukhuk
M@YaZ berkata…
Tau takpe. Keluar duit mmg senang. Nak kumpul amat perit. Nak jadi perempuan gak lah macam nih.

Catatan Popular