Mari Mengira~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Mencelah iklans ckit

Balance Rojak Mak Bee packs available = 6
1 Pack Rojak Mak Bee = RM 4.00
3 Pack Rojak Mak Bee = RM12.00

Pekasam Ikan Puyu = 0
1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)
*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar
Layari sini untuk tempahan code anda :D
SMS/Call ijad @ 013 352 6642

Sunday, January 1, 2012

Hyderabad Pic ~ December 20, 2011

Salam,

Dah request nak tgk gambar kan, meh aku upload day-by-day~ Tapi maafla, tak banyak. Ok, start ngan 19hb skit, dengan rombongan menghantar che aizat ke KLIA. See satu family hantar :P. Actually my mom-in-law jagakan Alia, sebab neseri Alia di Cyberjaya, dan mama kerja kat Bangsar, so satu perjalanan yang memang menyedihkan bg aku kalau mama kena hantarkan~

Semua family in-law antar aku~

Welcome to my office!
Aku sampai kat airport hari Isnin pagi, dalam kul 12 pagi. Mamai gila, teksi plak semua cekik darah. Last2 dapat paling murah 1250 INR kalau tak silap~ Perjalanan dari airport ke Bhadurpally ni amik masa dalam 2 jam gak la. Campur sesat lagi~!

Sini nya office gila ar, security ketat nak mam.. Ni tangkap gambar gate pun skit hari nak marah aku. Nasib baik sempat tangkap dulu. ;)

Guard mau check ID card, pastu suh driver taxi bukak bonet nak check barang. Takut ada bomb kot :P

Masuk ja office, driver terus bawakan ke dorm, then check-in, terus tidur nyenyak sebab letih nak mam~! (waktu mesia kul 2.30 pagi kan.. phew~)

Sedikit view dari dormitories receptionist office
Kiri skit lagi.. :P takde keje + ngantuk~

Esoknya kul 8.30 IST dah gerak kuar dari bilik gi breakfast. Pagi ni kawe pilih makan Egg Dosa. Harga tak hengat, tapi lebih kurang 25INR kot~ hbis breakfast, terus menuju bangunan office. Teruja sebab besar sungguh bangunan kat sini~

Lunch hour hari pertama kitorang semua gi Makan, aku layan Combo Egg (nasi selambak~! telur scramble, telur rebus dan kuah veg~ Layan sampai licin. Haha. Lepas kenyang melahap, kitorang di bawa oleh rakan kerja di sana keliling kampus STC ni. Yang teruja skit time pusing2 ni Zoo dan Swimming pool. Dem, nak swimming pool kat Malaysia Please~!!

Lepas habis tour masuk balik opis. Pastu rancang malam ni kuar city (eventho 2 hour, semua kepala mau jalan ja kan~ so kitorang decide gi Hard Rock Cafe at Himalaya apa ntah namadia. beside GVK mall. Kitorang naik teksi sapu. Kebas 1000INR gi balik. Ok la kot~ Nih ada video skit pengalaman naik teksi kat sana~

video

Ni tak jem sangat sebab kul 8.30 IST baru gerak. So layan je la. Ko tengok moto lawan arus je dalam video tu. Aku tgk depan mata aku sendiri, lori lawan arus, dem freaking me out time tu! Tak sempat amik vids/pics.

Dalam perjalanan tu teksi tu berenti kat petrol station. Ada 4 pump, tapi tarak pun office. Haha. Kelaka pun ada, petrol station togel! Perjalanan dari STC ke Hard Rock amik masa 1jam 40 min gak la. Sampai ja cafe tu, takde pelanggan banyak pun. Ada dua meja ja customer. So sunyi gak la~

Ni la teksi sapu tu. Macam unser tapi bukan. Qualis kot nama dia, pakai diesel
Gua duduk kat bonet, leh duduk 4. tapi gua besar, so dua orang ja muat, tu pun bos gua seksa dah :P
Aku decide minum coke and fish and chip sebab kompem tu paling aku tak was2. Layan gambar2 Hard Rock Cafe, Hyderabad kat bawah ni~

Hard Rock Cafe Hyderabad~!
Layan Fish and Chip
The team. And gua paling sihat~!

Told you, it is quiet calm here.

GVK One ni shopping complex baru. Hard Rock cafe sebelah mall ni la~
Hah, ok la. Lepas melepak sampai kul 11.30pm IST, kitorang balik. Separuh lena dalam kereta keletihan.. aku masih melihat kiri kanan. Memaksa diri untuk melihat negara orang yang mmg tak pernah aku kunjung dan tak tau akan kunjung balik ke idak~

Tu je untuk 20hb.. nanti aku rajin aku haplod 21 Dec plak ..

Regards,
TemMon~


2 comments:

iizla said...

dah besar dah alia!! duduk atas stroller pon mcm x muat je. huhu..

upload gambar lagi pleasee!!!

M@YaZ said...

Dah masuk 3 tahun dah iizla.. kejap je kan~