Mari Mengira~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Mencelah iklans ckit

Balance Rojak Mak Bee packs available = 6
1 Pack Rojak Mak Bee = RM 4.00
3 Pack Rojak Mak Bee = RM12.00

Pekasam Ikan Puyu = 0
1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)
*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar
Layari sini untuk tempahan code anda :D
SMS/Call ijad @ 013 352 6642

Friday, December 2, 2011

Cacar Air dan Demam Campak

Salam,

Kalau di kampung dulu, sering kali aku dengar orang cakap Chicken Pox dan di translate melayukan jadi Demam Campak. Setelah Farisya Alia terkena wabak penyakit Chicken Pox, baru la nak men"google" cari. Rupanya dua benda yang berbeza.

Chicken Pox (Cacar air) ni datang dari virus. Virus Varicella. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  •  Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. 
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air. 
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Alia kena Chicken Pox .. meracau dua malam tidur..

Demam campak ( Rubeola ) pula adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Ahha, tu sedikit sebanyak bezanya. Skema sangat ayat atas sebab aku malas nak terangkan balik. So guer copy paste sahaja. Benda fakta yang betul kang silap2 jadi tunggang terbalik kalau aku buat semula.

Nak baca lebih lanjut klik sini dan sini

Alia dah makin sihat, tidur pun tak gelisah macam 3 hari lepas. Harap terus sihat. Anak baba kuat kan? :D

Regards,
TeMMon~

No comments: