Mari Mengira~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Mencelah iklans ckit

Balance Rojak Mak Bee packs available = 6
1 Pack Rojak Mak Bee = RM 4.00
3 Pack Rojak Mak Bee = RM12.00

Pekasam Ikan Puyu = 0
1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)
*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar
Layari sini untuk tempahan code anda :D
SMS/Call ijad @ 013 352 6642

Saturday, August 13, 2011

Sayu~

Salam,

Alhamdulillah, minggu ni berkesempatan menyambut ramadan bersama keluarga di Gerik. Minggu lepas di Kedah.

Harini juga genap 7 minggu abah meninggalkan kami sekeluarga. Terasa sekejap masa berlalu, tetapi 3 minggu terakhir bersamanya tetap aku simpan dalam hati. Doaku tanpa putus semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Sudah lama tak baca yaasin berseorangan, sebabnya setiap kali baca teringat detik2 bersama arwah sebelum meninggal. 3 hari terakhir kami sekeluarga baca silih berganti selagi ada kudrat. Bila baca sebentar tadi bercucuran air mata. Itu hanya dengar melalui cd dan ikuti ustaz membacanya dicorong radio..

Kehilangannya mmg terasa, cita2ku membuka perniagaan juga atas sokongannya. Tika hidup arwah jarang angkat telefon kalau umi ada disebelah. Arwah mempunyai pemandangan jauh untuk survive hidup di dunia dan akhirat.

Arwah sudah ajar kami hidup berdikari sepanjang kami hidup. Arwah ajar kami cara hidup tanpa bergantung harap pada orang lain. Tika belajar, jangan harap arwah nak bantu dapatkan biasiswa JPA tanpa usaha sendiri. Tika habis belajar, jangan harap menjawat menjadi penjawat awam dengan bantuannya. Arwah akan guide kami jika kami memerlukan pertolongan, tetapi jarang involve untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Arwah sangat disiplin, hinggakan 5 hari terakhir masih lagi menggosok gigi. Masa sangat penting dan arwah sangat menepati masa. Arwah sempat buat tahajjud 40 kali berturut2 sebelum meninggal, walaupun tak mampu bangun. Arwah juga meninggalkan diari 1974 untuk bacaan kami tanpa kami sedari. Diari tersebut menceritakan segala yang berlaku pada arwah tika menjaga arwah ayahnya (arwah tok wan).

Doa kami semuga Allah permudahkan segalanya untuk arwah tanpa henti seolah2 dimakbulkan. Arwah meninggalkan kami dengan penuh tenang, kami juga redha atas pemergian arwah.

Doa kami tanpa putus akan mengiringi arwah selagi kami masih hidup. Semuga doa ini diwarisi anak2 dan cucu2 kami bila kami sudah tiada kelak.

Regards,
TeMMon~

No comments: