Mari Mengira~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Mencelah iklans ckit

Balance Rojak Mak Bee packs available = 6
1 Pack Rojak Mak Bee = RM 4.00
3 Pack Rojak Mak Bee = RM12.00

Pekasam Ikan Puyu = 0
1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)
*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar
Layari sini untuk tempahan code anda :D
SMS/Call ijad @ 013 352 6642

Wednesday, October 14, 2009

Hidup penuh dalam ke"busy"-an

Salam,

Tak pernah aku rasa letih camnih kat XXX kecuali masa project training awal2 dulu. Tapi tu letih sebab dok melepak kat opis lama. Sekarang dok kat opis dalam waktu opis hour. Tapi pack gile pada certain2 masa. Yang pastinya lepas balik umah, rehat, mandi, time tgk tv/ngadap laptop, berita tak sempat keluar, dah out~ watcha. Sapa call pun tak dengar dah. Cicak masuk mulut pun tak sedar.

Tetiap hari aku dah leh bangun auto pada pukul 6.40am. Lelaki bersiap tak lama. Jap je, sebelum kul 7.00am aku dah ready kat bawah. Kalau bangun awal 5 min, aku gi dapur cari makan. Kalau tak aku terus je menapak ke kerete dan terus menuju ke opis. Ke opis takde la jem sangat. Sangkut teruk skit pun selalu kat traffic light TPM je. 30min sampai. Agak cepat berbanding ngan cyberjaya dulu. Kalau aku tolak gi opis kul 6.30am. 20min je sebab tak jem. Haha. Tapi apa kan daya, punch time start kul 8. Buat gapo gi opis awal dan tak buat gapo.

Security assessment mmg luar bidang kerja aku. Tapi still the same, buat this time around tak cari bugs. Cari vulnerabilities atas network dan sistem yang sedia ada. Bukannya senang pada mulanya. Sekarang pun, kalau diumpamakan baby, baru start pusing badan nak meniarap. Heh. Jauh lagi perjalanan. Walau penuh dugaan, aku rasa best sebab benda ni semua benda baru. Perkataan "O" dan "wow" selalu keluar dari mulut bila tgk org buat assessment. Tapi bila suruh kita buat, perkataan "emm" yang selalu keluar. Haha.

Walaupun sangat sukar jalan yang aku pilih ni. Aku terima dengan penuh redha. Ini antara ujian ke atas aku. Aku tak tau la siapa yang biasa kena dengan aku. Tapi aku dah mula cepat naik angin. Marah aku kadang2 tak kenal mak sedara atau kawan. Tapi masih kenal isteri, anak dan ibu bapa buat masa ni. Otak bagaikan selalu berfikir. Selalu perut memulas meminta makanan masuk. Macammana la aku nak kurus perut oi~ haish.

Baiklah. Tulis panjang pun sama je ngan entri pendek. Sebabnye kita dah luah apa yang kita nak. Apapun nak minta maaf selalu kepada rakan taulan yang selalu terasa hati dengan aku yang sangat tak betul sekarang.

p/s: Selalu memikirkan perihal hidup orang miskin. Bagaimana kehidupan mereka setiap hari. Dengan makan tak cukup, tempat tinggal tak seberapa. Dalam tv3 bersamamu selalu tunjukkan. Kita mahukan itu dan ini. Kita mahu semua kehendak dan nafsu kita dituruti tanpa berfikir panjang. Sedarkah kita betapa mewahnya hidup kita sekarang ini? Sedarkah kita bahawa hidup besederhana itu sangat digalakkan dalam Islam? Renungan untuk diri yang selalu lupa diri pada Ilahi~

Thanks and regards,
TeMMon~

2 comments:

Hafizzul Kamarudin said...

aduh...cuak lak aku bila baca nih..haha..susah ke wei?

M@YaZ said...

pijoe -> aha, cuak ke? keje ape yang senang joe?