Mari Mengira~

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Mencelah iklans ckit

Balance Rojak Mak Bee packs available = 6
1 Pack Rojak Mak Bee = RM 4.00
3 Pack Rojak Mak Bee = RM12.00

Pekasam Ikan Puyu = 0
1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)
*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar
Layari sini untuk tempahan code anda :D
SMS/Call ijad @ 013 352 6642

Friday, September 5, 2008

Puasa

Salam semua,



Tahun ni aku sangat rasa aku sedang menjalani ibadah berpuasa dari tahun lepas. Tahun lepas banyak masa diluangkan di ofis. Dengan project, training yang sangat menduga/mencabar, rumah jauh dari ofis. Pergh, memang tahun lepas tak rasa langsung. Penat gila dengan kerja2 duniawi. Yang paling best rasanya bila aku nak amik angin kat pantry, haha, jumpa 2-3 orang sahabat aku yang bercuti dari berpuasa tengah teguk air. Hehe. Terus memalu. Tak kisah pun, dah korang terpaksa lalui benda lain, tak di benarkan puasa, minum je la. Bukan ada apa2 pun, cuma korang je la rasa tak hormat kami yang berpuasa ni. Hehe.

Tahun ni setakat ofis hour, then boleh buat apa sesuka hati dan boleh lupakan pasal kerja lepas waktu kerja. Hehe. Sangat seronok. Lepas ofis gi bazar. Cari makanan. Aku puasa ni leceh gila. Susah nak makan nasi/berat. Tak tau napa. Masuk mulut ja nak keluar balik. So bila pergi bazar yang jauhnya tak sampai 1km dari rumah aku tu, aku akan cari 3 benda, dan aku akan rotate tiap2 hari. Cakoi(roti)/murtabak/bubur lambuk atau setengah orang kedah panggil moi. :D

Tahun ni sempat bersahur ja dengan family. Berbuka tak berkesempatan lagi. Heh, tapi takpa, sempat lagi nanti. Tiket bas dah beli, cuti raya amik 3 hari. Cuti lain tak leh usik. Simpan untuk kahwin nanti.

First time berpuasa kat luar, start time matric dulu. Sebab aku ni bukan dari sekolah berasmara pernuh. Kat matric dulu selalu berbuka kat masjid. Bukan sebab alim atau jenis suka gi masjid, tapi disebabkan masjid bagi makanan free. Huhaha, nak menderma rm5 pun dah rasa berat kat masjid, tapi bab makan, laju je aku nih. Teringat kata2 yang aku terjumpa dalam blog sapa tak tau "RM50 sangat kecil untuk bershopping tapi sangat besar untuk tabung masjid".

Tengah simpan duit nak bagi kanak2 duit raya tahun ni. Tahun ni boleh la kasik duit raya pada sapa yang patut. Yang tak patut dapat tu maafla ya. Hehe. Tak sabar nak raya. Puasa pun dah 5 hari. Lagi 25 hari ja lagi..

Selamat menunaikan ibadah puasa semua. Mungkin ini Ramadhan terkahir yang kita akan lalui. Laluinya dengan sebaik mungkin. Renungkanlah~

Regards,
TeMMon~

2 comments:

@naBest said...

Selamat berposa juga!!! Hohoho...nk kena kumpul duit raya!!

M@YaZ said...

;)