Stocks Available~! [Iklan]

Balance Rojak Mak Bee packs available = 9

1 Pack Rojak Mak Bee = RM 3.50
3 Pack Rojak Mak Bee = RM10.00

Pekasam Ikan Puyu = 0

1 Pack Pekasam Ikan Puyu =RM10 (300gm - 400gm : ikut harga pasaran)

*untuk ikan lain, sila sms aku dulu keh :D

Cadar

Layari sini untuk tempahan code anda :D


SMS/Call Aizat @ 013 352 6642


1. Price list not include delivery charges.
2. We deliver from Shah Alam. For delivery charges outside Klang Valley, please refer here
3. We deliver the goods after payment is received. Please inform us the details of transaction by email or fax.


----------------------iklan habis di sini----------------------


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Happy 2nd month-versery .. :D

Salam,

Harini genap 60 hari Farisya Alia melihat dan menghirup udara di dunia fana. Banyak benda dia perlu belajar lagi. Appa dgn amma tgh plan teliti dan dengar semua pendapat pengalaman untuk mencorakkan Alia menjadi yang terbaik. Semuga menjadi anak yang solehah hendaknya.



Regards,
TeMMon~

Wednesday, October 14, 2009

Hidup penuh dalam ke"busy"-an

Salam,

Tak pernah aku rasa letih camnih kat XXX kecuali masa project training awal2 dulu. Tapi tu letih sebab dok melepak kat opis lama. Sekarang dok kat opis dalam waktu opis hour. Tapi pack gile pada certain2 masa. Yang pastinya lepas balik umah, rehat, mandi, time tgk tv/ngadap laptop, berita tak sempat keluar, dah out~ watcha. Sapa call pun tak dengar dah. Cicak masuk mulut pun tak sedar.

Tetiap hari aku dah leh bangun auto pada pukul 6.40am. Lelaki bersiap tak lama. Jap je, sebelum kul 7.00am aku dah ready kat bawah. Kalau bangun awal 5 min, aku gi dapur cari makan. Kalau tak aku terus je menapak ke kerete dan terus menuju ke opis. Ke opis takde la jem sangat. Sangkut teruk skit pun selalu kat traffic light TPM je. 30min sampai. Agak cepat berbanding ngan cyberjaya dulu. Kalau aku tolak gi opis kul 6.30am. 20min je sebab tak jem. Haha. Tapi apa kan daya, punch time start kul 8. Buat gapo gi opis awal dan tak buat gapo.

Security assessment mmg luar bidang kerja aku. Tapi still the same, buat this time around tak cari bugs. Cari vulnerabilities atas network dan sistem yang sedia ada. Bukannya senang pada mulanya. Sekarang pun, kalau diumpamakan baby, baru start pusing badan nak meniarap. Heh. Jauh lagi perjalanan. Walau penuh dugaan, aku rasa best sebab benda ni semua benda baru. Perkataan "O" dan "wow" selalu keluar dari mulut bila tgk org buat assessment. Tapi bila suruh kita buat, perkataan "emm" yang selalu keluar. Haha.

Walaupun sangat sukar jalan yang aku pilih ni. Aku terima dengan penuh redha. Ini antara ujian ke atas aku. Aku tak tau la siapa yang biasa kena dengan aku. Tapi aku dah mula cepat naik angin. Marah aku kadang2 tak kenal mak sedara atau kawan. Tapi masih kenal isteri, anak dan ibu bapa buat masa ni. Otak bagaikan selalu berfikir. Selalu perut memulas meminta makanan masuk. Macammana la aku nak kurus perut oi~ haish.

Baiklah. Tulis panjang pun sama je ngan entri pendek. Sebabnye kita dah luah apa yang kita nak. Apapun nak minta maaf selalu kepada rakan taulan yang selalu terasa hati dengan aku yang sangat tak betul sekarang.

p/s: Selalu memikirkan perihal hidup orang miskin. Bagaimana kehidupan mereka setiap hari. Dengan makan tak cukup, tempat tinggal tak seberapa. Dalam tv3 bersamamu selalu tunjukkan. Kita mahukan itu dan ini. Kita mahu semua kehendak dan nafsu kita dituruti tanpa berfikir panjang. Sedarkah kita betapa mewahnya hidup kita sekarang ini? Sedarkah kita bahawa hidup besederhana itu sangat digalakkan dalam Islam? Renungan untuk diri yang selalu lupa diri pada Ilahi~

Thanks and regards,
TeMMon~

Tuesday, October 13, 2009

Best post for me?

Salam,

Banyak post ade kene mengena dengan diri ni. Semua nye dari kalangan rakan2 blogger. Tapi yang paling suka tgk berulang kali, mestila time aku diijabkabulkan di Gerik. Sehari lepas tu ada post khas.

Baca kat sini

Thanks Faheem. Banyak sangat membantu sampai tak terbalas sampai ke harini. Tak tau camner nak balas. Malu alah kalau jumpa Faheem ni. Semuga Allah permudahkan segala urusan Faheem dan keluarga Faheem.

Regards,
TeMMon~

Wednesday, October 7, 2009

Orang minyak~

Salam,

Sebulan lebih RON95 aku guna. Tapi aku perasan, setiap kali aku isi, paling juah myvi aku leh gi dalam 380-400km ja. Ini sangat menyakitkan hati dimana kalau aku pakai rm97 aku leh dapat 490-500km untuk 33.33litre atau 60 hengget

Start RON95 1 september tu aku pakai Shell .. hopeless gila. Myvi aku haram tarak pikup. Nak panjat bukit kat TPM pun tak larat. Isi 60 hengget lepas dalam 360km ja. gila tui. Ni sebab aku banyak tekan minyak sebab tak puas hati keta aku nya prestasi.

Pastu aku tukar petronas. Performance wise bagus dari shell. Tapi aku perasan, engine aku bunyi kuat skit. Atau aku je yang layankan perasaan aku. Haha. 60 hengget dapat 380km lebih..

Pastu aku survey internet. Orang cakap minyak bagus either BHP or ESSO. So aku try BHP. Pakai BHP ni engine pun ok la. Rasa performance wise nak sama Shell RON97 dulu. Tapi tak sampai tahap RON97 la. Itu semestinya kan :D. Alhamdulilah dapat 400km. Tapi apa yang terkilan. Hilang 100km lagi.

Meh buat calculation skit (tolong tegur budak SPM 6C ni kalau salah ya)

RON95
RM60 (33.33) dapat 400km
rm1 = 6.6km

which mean .. 1km = 0.1515 sen

RON 97
RM66.66 (33.33) dapat 500km
rm1 = 7.5km

which mean .. 1km = 0.1333 sen


aku pikir balik .. kalau sebulan pakai dalam 2000km ..
  • ron95 dalam rm 303 hengget ..
  • ron97 dalam rm 267 hengget ..
Bukankan lebih baik aku tukar ke RON97 balik? dan adakah prestasi engine aku akan ok balik macam sebelum 1 september?

Haish, aku geram dengan janji kerajan. Dulu nak staykan harga ron95 sama cam ron92 dulu .. tup tup bila 1 sept .. kata ron97 naik 20sen .. rakyat sangat diutamakan ..

Regards,
TeMMon~

Friday, October 2, 2009

3D HD in ur home 2010

Salam,

Sony buat gila lagi. dem. 2010 nnt Sony nak lancarkan product baru, tv High Def ngan 3D .. hoho .. tak yah gi wayan la 8 tahun lagi untuk tgk 3d .. anak2 kita nanti semua lagi canggih..



Meh kita pikirkan apa akan berlaku 10 tahun lagi DI MALAYSIA:

1- Kete ada auto assist .. merata2 sensor. Brake sensor, coalition pun censor, mesti connect ngan sattelite untuk elak kemalangan.

2- Time tu semua kapal terbang tambah murah. Bas? ada lagi ke nak naik bas. Kat Semenanjung aku rasa semua prefer kapal terbang dan keretapi laju sahaja.

3- Laptop dibawa ke sekolah. School grade. Tak leh nak install2. Cuma untuk learning sahaja. Boleh tak? haha ..

4- Keje kebanyakkannya buat dari rumah. Gile pemalas. Tetambah bidang IT. Meeting pakai video conf je. ;)

Haha, lelain korang pikirla sendiri ek ;)

Regards,
TeMMon~

Perodua MYMPV

Salam,

tgh surf2 .. tetiba terjumpa spyshots Perodua MPV .. layan kan je .. Apa pendapat anda ttg perodua baru?

Click here

Regards,
TeMMon~

Thursday, October 1, 2009

Facebook security..

Salam,

Fenomena social network kat Malaysia mmg meletup. Dari Friendster, MySpace, dan yang pling latest Facebook.

Sebagai umat Islam, kita sebenarnya tidak digalakkan mendekati benda2 melalaikan ni. Tapi kadang2 kita perlukan platform ni untuk memberitahu rakan taulan kita pasal diri kita. Even kahwin pun sekarang setengahnya jemput melalui social network site ja.

Apapun nak share pasal security dan privacy dalam social network site terutamanya Facebook. Click here untuk keterangan lanjut pasal privacy dalam facebook.

Ingat, info peribadi anda mudah dicapai oleh sesiapa saja. Terutama musuh anda :D

regards,
TeMMon~

Tuesday, September 29, 2009

Ops sikap? Salah siapa?

Salam,

Kematian meningkat dalam ops sikap, tindakan kita? salahkah antara satu sama lain. Bagi aku itu ketentuan Ilahi. Nak buat camna, dah ditakdirkan mati dalam kemalangan jalan raya. Tapi apa silapnya Ops Sikap kali ni jika nak dibandingkan 2 tahun lepas? (tahun lepas aku tak tgk jalan sebab balik naik bas kalau tak silap :p)

Ok, aku divide kepada dua, polis satu, pemandu satu. Ni pemerhatian aku la kan

Polis/Gomen:
  1. Aku jumpa seorang ja polis sepanjang highway PLUS balik ke Gerik pada pagi Sabtu 19 Sept lepas. Mana lagi polis yang lain? Tak nampak pun mitsu evo berfungsi atas highway seperti diwarwarkan. POlis bantuan banyak, tapi trafic sorry to say. Maybe time aku balik dia tak lalu. Aku sakit hati bila orang buat lane kecemasan highway sebagai shortcut. Sepanjang Ipoh-Sg.Perak jem sebab melayan derang ni je. Patut polis bertindak pantas kalau jem berlaku. Derang kena monitor puak tak reti undang2 jalan raya.

  2. Ptt meminimumkan had laju atas highway paling kurang 70km/j kalau takde apa2 kecemasan berlaku atas highway. Bukan ape, derang ni pun penyebab jem. Kekadang nak belajar kete masuk highway, sebab kete tak bersimpang siur. Tapi bawa slow nak mam~!

  3. Gomen patut bekukan kenderaan berat yakni lori2 dan trailer yang nak naik bukit pun tak larat. Derang ni bawak tak leh lebih 90km/j kat highway rasenye. Derang penyebab jem kalau terlampau slow bawa bila kete banyak balik kampung ni. Tapi tak teruk la sangat kan. Aku ingat time sami vellu buat perangai gila ni tapi org tak suka. Tapi bagusnya mmg highway tak jem

Pemandu/kita:
  1. Tolong jangan guna highbeam la. Waklu kete besar ke ape. Just ikut rapat dan bukan cucuk ok. Aku tgk kekadang org tua2 yang kena highbeam ni, dia melatah. Masuk kiri untuk beri laluan kat org kasik highbeam sampai tak sempat tgk ade kete ke tak. Mengucap je bila tgk benda ni jadi.

  2. Tolong jangan guna highbeam lagi~!. Kalau ko highbeam aku tapi ko sebatu belakang aku dan ko rase ko laju tapi takde la laju sangat, mmg aku panas. Waklu, kerek seh. Jgn la pakai highbeam kalau tak reti pakai. Terutama perempuan yang rasa bawa laju tapi tak laju. Haish, (ca ya nun alif la selalu buat lagu ni)

  3. Rehat kalau ngantuk~!! Tok sah paksa diri. Melelong tak hengat~!

  4. "Tgk3x" .. haha .. naik bas/kenderaan awam la kalau tak mau pening kepala~!

  5. Signal kasik la kalau mau masuk lorong memotong atau masuk balik ke lorong kiri (masuk lorong bukan memotong la, buat2 tak paham plak)

  6. Bawa kete kalau leh jgn stakat tgk kereta yang berada dihadapan kita sahaja. Kalau boleh tgk sejauh mata memandang. Apa yang berlaku kat depan. Kalau jem leh berenti awal ;)

Dah, cukup la skit2. Korang bukan nak baca pun tajuk2 macam ni. Wakaka..

Regards,
TeMMon~

Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya~

Salam,

Biasa la, kat mesia selalu minta maaf bile habih ramadhan .. tak ramai nak mintak maaf sebelum ramadhan.

Acctually aku masih lagi di Subang. Bukan tak nak balik. Tapi letih satu badan, rehat jap satu malam. Sabtu pagi (19 sept) baru nak bertolak balik. Kul brapa tak tau tapi lepas aku rasa aku kuat untuk balik. Lagipun rasa tak sedap hati tu ada sejak 2-3 hari ni. Tak tau nape. Tapi its ok rasenye. Naz cakap nak dapat hidayah kalau tak sedap hati ni..

So walaupun terlambat, still aku nak minta maaf pada semua. Aku tau, aku banyak sakiti hati kawan2 dalam senyap. Mulut umpama pisau kalau tak di jaga dengan betul. Kadang2 rasa lega bila sound direct. Tapi kita tak tau orang yang kena tu hancur lebur hatinya. So harap di maafkan dan aku sentiasa memaafi kalian semua.

Alia dan Ayang, just wait. Sabar la, bukan tak nak balik awal. Tapi kalau condition letih+jem+puasa+ngantuk .. its no point. Takut tak dapat jumpa terus nanti lagi susah.

Alia akan berada di gerik pada raya pertama nya. Abah alia buat pertama kalinya beraya di luar kawasan Tok dan Tok Wan. Semuga hari yang mulia ini menjadi hari yang di kenang hingga ke akhir hayat.

p/s: Takziah kepada keluarga noli di atas kehilangan Alang. Ifah di atas kehilangan adik beliau. Yang pergi akan jauh meninggalkan kita, yang hidup semakin dekat ke alam barzakh~

Regards,
TeMMon~

Wednesday, September 16, 2009

Student MIT gila, buat camera $150

Salam,

Dapat looping email dari company tadi. Gila sungguh bebudak MIT .. buat space camera dengan harga $150 sekali dengan duct tape. Old skool way but budget tak hengat. Pakai camera budget canon A470 ja .. haha .. rm499 ja kot kat mesia .. kalau tak silap la .. depa hack camera tu dan buh 8gb camera .. gilos2 ..

keterangan lanjut lawat sini.

Regards,
TeMMon~